Movie Terbaru
Loading...

Info Post
Irham (Awal Ashaari), berusia lewat 20-an anak kepada pasangan Tan Sri Zakaria (Mustafa Kamal) dan Puan Sri Mahani (Dian P.Ramlee)telah membesar di luar negara sejak berumur 12 tahun lagi. Kerana terlalu lama di luar negara, cara dan gaya hidupnya tidak ubah seperti orang barat. Sekembalinya ke Malaysia, Irham telah bertemu dengan rakan-rakan lamanya ketika belajar di luar negara iaitu Zainal dan Alex yang sangat mengenali perangai Irham. Irham sememangnya seorang lelaki yang handal memikat gadis yang diinginkannya. Alex dan Zainal sering kalah jika bertaruh. Bagi memastikan Irham kalah, mereka mencabar Irham memikat gadis bertudung kerana mereka tahu Irham tidak menyukai gadis sebegini.

0 comments:

Post a Comment